Bersyukur kita pada hari ini...Dengan limpah dan kurniaNYA, kita masih lagi di dalam nikmat yang paling besar yakni nikmat IMAN & ISLAM... cite pasal nikmat ni, bahagia dan bersyukur yang tidak terhingga banyaknya...coz baru balik dari USRAH...satu lagi nikmat yg tidak terhingga,atleast Allah tidak pernah tgglkan aku,dan menetapkan aku pada jalan ini... Alhamdulillah thum malhamdulillah...
Kita tak sedar @ buat2 tak sedar??? setiap saat kita kene ucap alhamdulillah.. ish ish ish.. so,ape yg ang dapat time usrah tadi?? ha,ni la nk citerr....tanda aku bersyukur sgt,then aku pon kene la kongsi nikmat ILMU yang baru aku dpt ni...tajuk makanan...aku yg present benda ni kt usrah...
okla,kita mulakan dari peringkat nutfah(janin/zygote) lagi... camne nutfah ni dpt mknn?? sume2 mesti da tau kan???mestila dapat mknn dari ibu..betol!! nutfah ni akan menempel di tempat yg telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana...tempat yg paling sesuai...lalu nutfah ini akan bercantum dengan darah ibu..dari situlah nutfah ini akan perolehi zat gizi..hebat tak tuhan kita???penciptaan yg sangat teliti...
kemudian,apabila nutfah itu membesar dan meningkat ke satu lagi taraf,ape pula sumber makanannyeeerrr????apabila bayi itu lahir, di sediakan pula mknn dari buah dada ibu..ha,dan mknn ini,hanya didapati setelah seseorg ibu itu melahirkan...lau x melahirkan bayi,ade ke susu kt buah dada???xde,itulah satu lagi bukti kekuasaan Allah... selain itu,Dia juga menciptakan satu set organ penghadaman..yang kita xsedar kita dah guna set tu utk berapa lama dah..dan selama itu juga,kita dah berapa kali kita bersyukur??? Ya Allah...~ memadai ke susu ibu??? yup...cukuplah bayi itu hanya minum susu ibu...susu ibu dah lengkap dengan kanji,lemak,protien,garam dan vitamin..
seterusnya...bila bayi itu telah membesar jadi kanak2,makan ape pulak??? Allah taala telah mencipta sumber makanan di muka bumi dengan secukupnya bagi memenuhi keperluan manusia..
firman Allah Taala:
Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya; dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.
next, Proses penyediaan makanan utk manusia...ada lima proses..
(a) Tanah
Allah telah mencipta tanah dengan begitu teliti supaya ia sesuai utk pembesaran tumbuh tumbuhan...Dia juga telah menyediakannya supaya unsur-unsur yg terdapat didalamnya dpt dipindahkan kpd tumbuhan..selain itu,tanah2 ni juga terdapat berjuta2 bakteria yg tidak dapat dilihat dgn mata kasar...
(b) biji benih
biji benih di cipta utk ditukarkan kpd pokok dan tumbuhan. inilah sumber makanan kita...dari biji benih ni juga,akan menghasilkan biji benih yg lain..berkembang dan berkembang..betapa hebatnya allah...
(c) Lautan,angin dan awan
lautan pula diciptakan untuk menjadi sumber air kpd kita.. kan 70% daripada tubuh kita memerlukan air?? lagipon,boleh ke biji benih tadi hidup atas tanah yg kering dan kontang?? opcoz la xboleh...hukhukhuk...kemudian,Dia mengutuskan angin utk membawa awan yg mengandungi wap air yg banyak di permukaan laut. kerana Rahmat Allah juga,air itu tidak diturunkan sekali gus cam time kita kenekan kawan kita,tp diturunkan dalam titissan hujan yg halus...Maha Pengasih tuhan..kita plak,byk ngomel...baju xkeringla,ape la...tabuh kali ang...hesh...xbersyukur langsung...
(d) Udara,malam dan siang
tanpa udara dan matahari, kita tidak akan boleh memperolehi bijirin dan tumbuh-tumbuhan. kalau matahari asyik memancarkan cahayanya,maka akan terbakarlah seluruh permukaan bumi..then Allah ciptakan malam...dengan adanya pertukaran malam dan siang,memberi ruang pada hidupan utk membentuk makann pd siang hari dan berehat pada malam hari..
(e) Klorofil
klorofil adalah, bahan berwarna hijau dlm tumbuhan yg membolehkannya membuat makanan sendiri..ia berbentuk titik2 kecil yg terdapat dalam tumbuhan yg berwarna hijau yg dinamakan sebagai pigmen oleh para sciencetist.. dan setiap titik itu adalah kilang membuat makanan yg mengambil semua bahan mentah seperti garam,mineral,air,karbon dioksida dan tenaga dari matahari..semua bahan itu kemudiannya bertukar menjadi glukosa dan akhirnya bertukar pula menjadi bahan makanan yg sesuai untuk kita dan binatang...
~fuh ! jadi,hebat x tuhan sekalian alam???!!!
masih tiada keyakinan pada hati kamu???!!!!
maka,nilailah tahap keimanan kita pada Allah berada di mana???
~Ya Allah,bersyukurkah kita??? ampunkan kami Ya Allah... :'(



No comments:
Post a Comment