TEMPAYAN YANG RETAK
Pada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki yg menyara hidupnya dengan berkhidmat kepada sebuah keluarga bangsawan. Dia melakukan segala kerja di rumah; daripada membersihkan halaman, memandu kereta kuda, menjaga keselamatan keluarga termasuk juga mengangkut air dari sungai berdekatan. Isterinya pula mengemas rumah da kerja-kerja di dapur.
Setiap hari , lelaki tersebut akan berulang-alik ke sungai, mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan mengandar 2 buah tempayan. Malangnya salah sebuah daripada tempayan itu telah retak. Kesannya, air yg diangkut akan berkurang kepada hamper separuh temapayan. Oleh yg demikian, lelaki itu hanya mampu mengangkut air sebanyak satu setengah tempayan sahaja.
Suatu hari, tempayan yg retak itu berasa sangat sedih. Diadukan rasa hatinya itu kepada lelaki itu. “ Maafkan sy kerana selama setahun lebih ini sy tidak mampu menjalankan peranan dengan baik,” kata tempayan penuh kesal. “ Kenapa kamu cakap macam tu? Kenapa kamu sedih?” Tanya lelaki itu. “ Aku sedih sebab aku hanya mampu mengangkat separuh sahaja air disebabkan fizikal aku yg tidak sempurna ini.” “ Kamu jangan sedih wahai tempayan . Dalam perjalanan balik ke rumah nanti, cuba kamu perhatikan di sebelah kanan jalan.”
Lelaki itu mengangkut air seperti biasa dari sungai menuju ke rumah tuannya. Namun tempayan itu tetap sedih atas kekurangan dirinya dan ketidakmampuannya memberikan khidmat terbaik kepada tuannya.
“Kamu sudah lihat di sebelah kanan jalan, bunga-bunga segar dan indah mekar di sepanjang jalan?” soal lelaki tersebut. “Ya, aku Nampak. Tapi keindahan bunga-bunga itu tidak mampu mengurangkan rasa sedih di hatiku,” jawab tempayan yg retak itu.
“ Kamu tahu wahai tempayan, sejak aku tahu kamu retak sedikit, aku mula menanam pokok-pokok bunga ini. Kamu tahu siapa yg menyiramnya setiap hari?”
“Tentulah kamu”.
“Tidak, kamulah yg menyiramnya. Air yg meleleh keluar itulah yg menyiram bunga-bunga itu selama ini. Kemudian aku akan petik bunga-bunga ini dan berikan kepada isteriku untuk dihias di rumah tuan kita. Walaupun kamu sebuah tempayan yg retak, tetapi kamu tetap ada sumbangan.”
Barulah tempayan yg retak itu berasa ceria kembali dan tidak gundah lagi walaupun ia hanya sebuah tempayan yg retak.
Pengajaran :
Setiap manusia tidak sempurna dan ada kelemahan masing2. Namun Allah tidak menciptakan kekurangan atau kecacatan itu dengan sia-sia. Pasti ada kelebihan dari sudut yg lain dan pasti masih mampu member manfaat kepada ummah dengan caranya tersendiri.
Dipetik dari:
Majalah Solusi isu no 33
P/S: kisah ni simple jek...tapi membawa seribu makna pada diri ini...jazakillah ukhti sarah,thankx solusi...