Sunday, 29 September 2013




Assalamualaikum, selamat pagi dan salam 1 Akidah.. Oppss.. Ok tak pic kat atas? Apa tu? R4BIA? Ok, gambar ni bertema mesir. berkaitan dengan isu terkini.. kalau anda cakna mengenai isu ini, insyaAllah anda mesti tau. Nak senang tekan sini https://www.facebook.com/MesirKini untuk mengetahui dengan tepat mengenai isu-isu mesir.. maaf, tapi mohon jangan tengok TV 3 dan semua TV tempatan. berita yang mereka beri kurang tepat..

Tuesday, 3 September 2013

prolog - Takdir itu MILIKNYA !

"Ish, sakit-sakit badan ni,Ya Allah kuatkan hambaMu.." Kandungan Alya kini hampir mencecah ke lapan bulan. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Semua serba tak kena. "Besarnya pengorbanan seorang ibu itu, " monolog Alya sendirian. Akhirnya Alya bangkit dari pembaringan dan menuju ke bilik air dengan  tertib , supaya tidak mengejutkan si suami tercinta. Maklumlah, si suami tu sangat sensitif, menjaga sangat si isteri, sampai kadang-kadang rimas pulak. Usai mengambil wudhuk, Alya melakukan qiammullailnya seperti biasa.

Menurut Ustadz Pahrol Juoi didalam ceramah beliau, ciri-ciri mukmin profesional itu adalah sangat akrab hubungannya dengan Sang Pencipta, yakni Allah S.W.T. Dan antara perkara yang dapat merapatkan hubungan antara hamba dan pencipta adalah dengan beruzlah kepada Allah di sepertiga malam. Kerana itu, Alya tidak pernah meninggalkan Qiammullailnya, baik sebelum berkahwin mahupun selepas berkahwin. Ramai yang sering memberi alasan tidak melakukan qiam kerana telah berkahwin dan sebagainya, adakah kita lupa, Allah tidak pernah memberi alasan kepada kita untuk memberi kita rezeki setiap hari. Lima belas minit lagi azan akan berkumandang, Adam segera dikejut supaya tidak lewat untuk berjemaah di masjid.

"Bang,bangun bang. Lagi lima belas minit nak azan ni.." Adam membuka mata terpisat-pisat. "Lewat da ni, kenapa sayang kejut lambat sangat? Uuaarrggghhh!!! " kata Adam sambil menggeliat malas dan segera bangun menuju ke bilik air. "Allah hu Akbar! Allah hu Akbar!!. Azan berkumandang. Alya hanya menunaikan solat di rumah manakala Adam berjemaah di masjid. Pada kebiasaannya Adam akan pulang selepas solat berjemaah, memandangkan hari ini merupakan hari ahad Adam pulang selepas tazkirah subuh.

"Assalamualaikum!!" , "emm,balik da.. Alhamdulillah." Monolog Alya dalam hati. "Walaikumussalam bang. " Lewat abang balik harini??" tanya Alya mencetus perbualan kepada si suami. "Sayang lupa ya,harini kan ada tazkirah subuh. " Sambil menepuk dahi, Alya tersenyum manis. " Ya Allah,Alya lupa hari ni hari ahad. Jom sarapan bang.." Mereka pun menjamu selera. "Sayang, abang lupa nak beritahu, tengah hari ni abang kena bagi daurah ISK kat adik-adik baru memandangkan hanya abang yang free harini." (daurah adalah nama sebuah program). "Yeka? alhamdulillah. Pergilah suami ku,pergilah berjihad." Motivasi buat si suami.



"Terima kasih Ya Allah!! Kau makbulkan doa hamba..... (tanda syukur Alya kepada Sang pencipta)

bersambung.......