Sunday, 29 September 2013
Assalamualaikum, selamat pagi dan salam 1 Akidah.. Oppss.. Ok tak pic kat atas? Apa tu? R4BIA? Ok, gambar ni bertema mesir. berkaitan dengan isu terkini.. kalau anda cakna mengenai isu ini, insyaAllah anda mesti tau. Nak senang tekan sini https://www.facebook.com/MesirKini untuk mengetahui dengan tepat mengenai isu-isu mesir.. maaf, tapi mohon jangan tengok TV 3 dan semua TV tempatan. berita yang mereka beri kurang tepat..
Tuesday, 3 September 2013
prolog - Takdir itu MILIKNYA !
"Ish, sakit-sakit badan ni,Ya Allah kuatkan hambaMu.." Kandungan Alya kini hampir mencecah ke lapan bulan. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Semua serba tak kena. "Besarnya pengorbanan seorang ibu itu, " monolog Alya sendirian. Akhirnya Alya bangkit dari pembaringan dan menuju ke bilik air dengan tertib , supaya tidak mengejutkan si suami tercinta. Maklumlah, si suami tu sangat sensitif, menjaga sangat si isteri, sampai kadang-kadang rimas pulak. Usai mengambil wudhuk, Alya melakukan qiammullailnya seperti biasa.
Menurut Ustadz Pahrol Juoi didalam ceramah beliau, ciri-ciri mukmin profesional itu adalah sangat akrab hubungannya dengan Sang Pencipta, yakni Allah S.W.T. Dan antara perkara yang dapat merapatkan hubungan antara hamba dan pencipta adalah dengan beruzlah kepada Allah di sepertiga malam. Kerana itu, Alya tidak pernah meninggalkan Qiammullailnya, baik sebelum berkahwin mahupun selepas berkahwin. Ramai yang sering memberi alasan tidak melakukan qiam kerana telah berkahwin dan sebagainya, adakah kita lupa, Allah tidak pernah memberi alasan kepada kita untuk memberi kita rezeki setiap hari. Lima belas minit lagi azan akan berkumandang, Adam segera dikejut supaya tidak lewat untuk berjemaah di masjid.
"Bang,bangun bang. Lagi lima belas minit nak azan ni.." Adam membuka mata terpisat-pisat. "Lewat da ni, kenapa sayang kejut lambat sangat? Uuaarrggghhh!!! " kata Adam sambil menggeliat malas dan segera bangun menuju ke bilik air. "Allah hu Akbar! Allah hu Akbar!!. Azan berkumandang. Alya hanya menunaikan solat di rumah manakala Adam berjemaah di masjid. Pada kebiasaannya Adam akan pulang selepas solat berjemaah, memandangkan hari ini merupakan hari ahad Adam pulang selepas tazkirah subuh.
"Assalamualaikum!!" , "emm,balik da.. Alhamdulillah." Monolog Alya dalam hati. "Walaikumussalam bang. " Lewat abang balik harini??" tanya Alya mencetus perbualan kepada si suami. "Sayang lupa ya,harini kan ada tazkirah subuh. " Sambil menepuk dahi, Alya tersenyum manis. " Ya Allah,Alya lupa hari ni hari ahad. Jom sarapan bang.." Mereka pun menjamu selera. "Sayang, abang lupa nak beritahu, tengah hari ni abang kena bagi daurah ISK kat adik-adik baru memandangkan hanya abang yang free harini." (daurah adalah nama sebuah program). "Yeka? alhamdulillah. Pergilah suami ku,pergilah berjihad." Motivasi buat si suami.
"Terima kasih Ya Allah!! Kau makbulkan doa hamba..... (tanda syukur Alya kepada Sang pencipta)
bersambung.......

Friday, 26 April 2013
Berbintik-bintik itu MENAWAN.
Bismillah..
Wah, berhabuk sudah blog ini.. Lama da tak ziarah.. Rasa bersalah pulak.. Abang pernah cakap,penulisan kita ni kekal.. walaupun kita dah meninggal.. contoh, APG..selagi mana orang tersentuh dengan penulisan dia,selagi itu,ada saham untuknya.. Boleh jadi jugak jika penulis itu menulis ke arah kemurkaan Allah.. ofcourse la saham yang tidak elok dapat kat penulis tu.. kenapa saya tak cakap kemurkaan Allah dan manusia?? haha.. pandangan Allah itu yang utama.. biarlah manusia bercakap apa pun dengan usaha kita nak sampaikan ISLAM,yang penting,kita usaha..
Tajuk kat atas tu, 'Berbintik-bintik itu MENAWAN.' apa kaitan dengan isi yang bakal saya coretkan pon saya tak pasti.. kuang kuang kuang.. Sebenarnya,saya sudah hampir seminggu suffered bintik-bintik yang tumbuh kat tubuh badan saya diiringi dengan sahabat baiknya iaitu gatal dan pedih.. Mereka tidak dapat di pisahkan.. sungguh,walaupun saya menangis air mata darah sekalipun,mereka tetap mahu berpisah.. yela,kalau saya zura and nizah minta dipisahkan pon tak mungkin kami bertiga semudah itu mahu berpisah,saya amat memahami perasaan itu. Tp bila mengenangkan nasib yang saya lalui sepanjang malam tidak dapat merehatkan tubuh badan,tidak dapat beribadah dengan sempurna,tidak dapat pergi ke Daurah,ini sudah melampau.. Habis dimarahinya bintik-bintik ini setiapkali tiba waktu meletak ubat..
"eeeee...... kaboooMMM... padan muka,tu baru bom buatan palestin.. nk rasa bom buatan syiria?? apa? tak nak?? tak nak pergilah.. jangan ganggu aku lagi... apa?? pergi pon tak nak?? takpa.. amik ni... tototototototototototototo... rasakan machine gun M16 bekalan untuk pejuang2 syiria.. "
haha. Saya ketawa. Tak sangka,kuat betol imaginasi saya. emm.. itulah yang berlaku.. walaupun saya telah menyiksa bintik-bintik itu dengan sangat terok,mereka tetap mahu menetap di atas tubuh badan saya..dan,saya tetap merana.......
seusai menunaikan solat isyak semalam, saya terfikir. Jika mahu dibandingkan dengan dosa saya yang banyak,tidak cukup dengan bilangan bintik-bintik ini.. Maka tidak habis lagi untuk kafarah dosa-dosa saya.. menanges.. puas saya menyiksa mereka.. tanpa saya sedari,kehadiran mereka itu adalah arahan dari Allah kekasih ku.. Saya halau mereka,saya siksa mereka dengan kejam.. Saya melontarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati mereka.. Tapi mereka tetap dengan pendirian mereka. Tidak tegugah sedikit pon,malah bilangan mereka bertambah-tambah.. kagum saya melihat kepesatan mereka yang tumbuh dengan amat cepat sekali..
Saya cuba untuk menukar anology itu untuk meletakkan tugas kita sebagai daie di atas muka bumi Allah ini.. Kita juga mendapat arahan dari Allah untuk menyampaikan AL-HAQ itu kepada semua yang bersaksi keatas kita. Then,kita tercampaklah dimana-mana tempat yang Allah sudah tetapkan dan suratkan.. mungkin di perlis,mungkin di perak,mungkin di UIA, mungkin di University Tolong Melayu, atau mungkin di tempat kerja masing-masing,bergantung pada kemampuan masing-masing.. Kita sedar tanggungjawab kita. Kita nak laksanakan, tapi kita berhenti bila orang ejek kita.. kita berenti bila orang pulaukan kita. kita berhenti bila orang seksa kita. kita berhenti bila orang tak mahu mengikut jejak langkah kita. kn?? betul tak?? Jadi,macam mana nak menambah bilangan dan kualiti orang yang memahami ISLAM? tu yang xpernah meningkat bilangan kita,jika nak dibandingkan dengan bintik-bintik tadi yang tumbuh dengan pesat sekali..
Cuba kita perhatikan orang palestine. sudahlah mereka disiksa dengan sangat kejam,mereka tetap mempertahankan ISLAM, AL_AQSA, dan tanah air mereka.. kerana apa?? kerana mereka benar-benar ikhlas mahu berjuang. tapi kita?? stop bila orang tak mahu ikut apa yang kita sampaikan? eh,IKHLAS ke kita?? ke kita ni sampaikan ISLAM sebab ikut-ikutan, sebab nak orang pandang kita baik?? erk!!
malu la jika pernah timbul perasaan itu di hati kita macam tu.. malu dengan Allah.. #nanges laju laju#

Surah AlInsyiqaaq. Ayat 023.
![]()
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
JOM!! IniKAli lah!! kita try buat perubahan dalam kehidupan kita..
|
Saturday, 12 November 2011
Alangkah indahnya JIKA........
"Aku kat mana ni??? Tempat apa ni??" monolog pak cik Khalis bertanya pada hati sendiri.
Diteruskan langkah, dalam keadaan tertanya-tanya apakah gerangan tempat yang tidak pernah dipijak ini. Hampir ke seluruh pelusuk bumi telah beliau jelajahi. Paris, London, Rome? Dari barat ke timur,utara ke selatan,semua telah beliau ziarahi. Sungguh, apakah tempat ini? Tiba-tiba....
gedebukkkkkkkkkkkkkkk!!!!
"Hoi, buta ke???!!! Aku punya besar ni,tu pon tak nampak???!!!" Seorang anak muda terlanggar pak cik Khalis. Darahnya menyelirap hingga ke kepala,bagaikan tiada lagi maaf untuk anak muda tersebut. Wajah tuanya merah kerana menahan kemarahan. "Maafkan saya pak cik.. Saya tak sengaja.." kemaafan dipinta atas keterlanjuran diri oleh anak muda tersebut. Namun lain pula balasan yang di terimanya..Wajah tua tesebut merah kerana menahan kemarahan. "Sudahlah melanggar aku,panggil pulak aku pak cik! Kau tak kenal ke aku siapa hah???!!! bentak pak cik Khalis. Dihadiahkan satu pukulan padu ke pipi anak muda tersebut. Paaannnnngggg!!! "Aku ni Dato' Mohd Khalis bin Mat Zain, Dato' ok!! Kau panggil aku pak cik,nak ikutkan marah aku,aku saman kau masuk mahkamah sebab tak hormati aku sebagai orang terhormat.." Terpinga-pinga anak muda tersebut. "Siapa orang tua ni?? tak pernah nampak pun..." monolognya sendiri. Segera berlalu setelah memohon maaf sekali lagi,bimbang akan mengundang kemarahan dari orang tua yang amat pelik tersebut.
"Hoi,aku tak habis lagi dengan kau!! Jangan nak lari pulak!! Bodoh punya budak,kau tunggu la. Jangan ingat aku tak dapat cari kau.." Jerit pak cik Khalis kegeraman. Tiba-tiba sebuah kereta Ferrari merah entah dari mana,laju melintasi pak cik Khalis dan berhenti di hadapan pak cik Khalis. Turun dua orang berpakaian jubah serba putih dan beserban. mereka jalan menuju ke arah pak cik Khalis. Memandang pak cik Khalis dari atas ke bawah. Seakan pelik dengan penampilan pak cik Khalis. Pak cik Khalis pula terpinga-pinga melihat mereka yang juga berpakaian pelik baginya. Berjubah putih,seakan berada di zaman purba pula.
"Assalamualaikum pak cik... Siapa nama pak cik?? tanya salah seorang yang berjubah putih.
"Waalaikumussalam... Orang-orang kat sini memang tak kenal aku eh?? Nama aku Dato' Mohd Khalis bin Mat Zain. Kalian pula siapa,peliknya aku tengok pakaian kalian,sudah ketinggalan zaman,lagi satu,apa nama tempat ni??" Salah seorang yang berjubah dengan tenang menjawab, "Pak cik berada di At-Taqwa. Kami adalah skuad peronda,justeru kami yang sepatutnya pelik melihat pakcik. Gaya pemakaian pak cik mengingatkan kami kepada pemimpin-pemimpin kami satu masa dahulu. Pemimpin yang telah lama menjadi sejarah,supaya kami tidak mengulangi kesilapan mereka. Kami ke sini untuk menjalankan tugas. Pak cik di denda kerana telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Segala bukti telah kami rakamkan melalui kamera tersembunyi berteknologi tinggi." terlopong pak cik Khalis mendengar kata-kata mereka. "Pak cik di kehendaki istighfar sebanyak 500x serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan pak cik.""tak nak,kalian ingat kalian siapa? berapa,cakap dengan aku,berapa yang korang nak,aku mampu bagi,1 K? 5K? atau 10K?" pak cik Khalis cuba untuk merasuah Skuad peronda tersebut. Terkejut Skuad Peronda dan membalas, "ganjaran yang di tawarkan pak cik tiada nilainya jika nak di banding dengan ganjaran yang telah Allah janjikan.." kemudian dua orang pemuda yang berjubah itu pergi meninggalkan pak cik Khalis yang kelihatan masih dalam keadaan terpinga-pinga,tidak percaya dengan apa yang di dengarnya barangkali.
"kerruuuukkkk... keerrrruuuukkk....." perutnya berbunyi minta diisi.. "Aduh,laparnya. Dari aku fikirkan benda merepek ni,baik aku pergi cari tempat makan." katanya sendiri. Di teruskan langkahnya di sebuah nagara yang amat asing.. Amat pelik.. Malas memikirkan,buat serabut otak. Pak cik Khalis kini tiba di sebuah restoran yang agak mewah. Dia tersenyum gembira sambil mengusap perutnya yang sedikit boyot. Di percepatkan langkahnya, kerana sudah tidak sabar ingin diisi perut yang sejak dari tadi berlagu ala-ala 'rap'. Ingin memasuki salah satu pintu restoran. Terdapat banyak pintu. Restoran itu terbahagi kepada tiga bahagian,agak besar. Tersenyum pak cik Khalis,melihat restoran mewah itu. Dia dihalang oleh salah seorang menjaga pintu. "Pak cik,sila ke pintu hujung sebelah kanan. Pintu ini hanya untuk pelanggan wanita. Jika pakcik membawa keluarga bersama,bolehla ke ruangan tengah. Tapi saya tengok pak cik seorang,sila ke pintu hujung sana ya??" menghalakan ibu jarinya sambil berbicara dengan lembut. "Kolotnya peraturan?? menghalang sosial?? sampai bila nak maju??!! teruk betol tempat ni!! bentak pak cik Khalis dengan kuat,sehingga menarik perhatian ramai pelanggan. Pelanggan yang ada,kebanyakkannya hanya menggeleng kepala dan tidak menghiraukan apa yang telah di dengar mereka, sambung menikmati juadah. "Kolot ke,apa ke,sila ke ruangan sebelah sana ya pak cik. Terima kasih." masih berbicara sopan,indah sungguh akhlak setiap insan di negara At-Taqwa. Malas ingin bertengkar,dia melangkah ke pintu yang di maksudkan dan segera mencari tempat duduk.
"bbllllurrrrppp... Sedapnya makanan kat sini,tak sia-sia aku ke sini." katanya sendirian,sambil mengeluarkan dompet dan mengeluarkan beberapa keping duit kertas berwarna biru cair. Segera ke kaunter bayaran untuk membayar, tetapi pemilik kedai tersebut tidak menerima wang tersebut kerana wang tersebut sudah tidak lagi digunakan,wang lama katanya. Terkejut bukan kepalang pak cik Khalis. Pemilik kedai mengukirkan senyuman indah sambil berbicara, "takpe pak cik,anggaplah kami memberi sedekah pada pak cik." bertambah terkejut pak cik Khalis. Perempuan dan lelaki di asingkan,bagi makan free,dua orang yang berjubah,di denda dan sebagainya. Apalah perkara pelik yang bakal dia saksikan selepas ini. Keluar dari restoran tersebut,terlihat di satu sudut restoran di tulis "Ruangan Makanan Percuma Untuk Yang Memerlukan.." apakah tempat ini,sangat ganjil,sangat pelik,pak cik Khalis bingung.
Kaki melangkah tanpa tujuan,perut sudah kenyang. Tidak tahu mahu ke mana. Tiba telinga menangkap satu suara yang membuat pengumuman dengan kuat sekali, "PERHATIAN PERHATIAN!! DISINI ADA TERDAPAT SEORANG DERMAWAN YANG INGIN MENDERMAKAN HARTANYA KERANA ALLAH!! SIAPA YANG MEMERLUKAN,SILALAH MENGAMBILNYA.. DERMAWAN INI SUDAH PENAT MENCARI FAKIR MISKIN. MARILAH KITA MEMBERI PAHALA KEPADA DERMAWAN INI !!" terbeliak kedua mata pak cik Khalis." Mendermakan sebegitu banyak hartanya?? tak takut habis kerr?? and one more, dah takde fakir miskin?? biar betul??!! sungguh,aku bingung,apakah tempat ini?? peliknya!!!! " tidak mungkin mempercayai apa yang baru dilihatnya..
Sambil menggaru kepala, pak cik khalis meneruskan perjalanan. Meninjau di setiap inci negara ini. Macam pernah dilihat jalan ini,jalan itu,sana juga. Tapi sungguh berbeza persekitarannya. Tiada lagi bangunan-bangunan mencakar langit,tiada lagi kenderaan-kenderaan yang menyesakkan jalan dan mencemarkan udara,tiada lagi remaja-remaja yang melepak dan membuang masa. Yang ada adalah,bangunan yang rendah,tidak terlalu besar,sekadar keperluan, terdapat banyak tumbuh-tumbuhan yang subur,remaja perempuan amat sukar di temui,jika ada berjalan bersama keluarga dan amat dijaga oleh ayahnya. Satu lagi,hiburan remaja sekarang. Tiada lagi lagu-lagu pop,rock,korea, dan banyak lagi hiburan yang melalaikan.
"Aku ingat! ni adalah jalan Tun Hussien Onn! tu jalan Tar! tu pulak Dataran merdeka! tapi semua nama tu dah tak wujud, yang ada adalah,jalan Othman bin Affan, jalan Abu Bakar dan jalan Umar Al-Khattab. Mana pergi jalan-jalan tu?? semua dah berubah,semua sekali. Argghhh,tak mungkin semuanya.. Ni semua gila!! gila!!" jeritnya kebingungan,tidak mungkin akan percayai apa yang baru diingatinya. Tiba-tiba kereta ferrari merah tadi muncul lagi, turun dua orang berjubah yang di jumpainya pagi tadi."Pak cik,denda yang tadi telah pak cik laksanakan?? Pak cik keluarkan lagi kata-kata yang tidak sepatutnya?? kami mendenda lagi dengan menggandakannya. 1000x istighfar ya? bicara mereka,dan ingin berlalu pergi. "Sekejap! tunggu dulu! ada benda yang pak cik nak tanya kamu berdua.." mereka menoleh kebelakang semula. "Apakah sejarah negara At-Taqwa ini?? Adakah sebelum ini ia bernama Malaysia?? sekarang ni,kita berada di tahun keberapa? sudah jatuh ke parti politik yang memerintah dulu? atau adakah kita dijajah oleh mana-mana negara?? terangkan kepada pakcik,apa yang sedang berlaku??" kata pak cik Khalis lemah sehingga terjelopok ke lantai. Kedua pemuda yang berjubah tadi saling memandang antara satu sama lain,dan segera membantu pak cik Khalis bangun. Kemudian membawa pak cik Khalis duduk di sebuah pondok yang di tulis namanya,'Pondok Aisyah al-Humaira'. Pondok itu dipenuhi pelbagai buku hadith.
"Pak cik,pertama kali kami menjumpai pakcik,kami amat terkejut. Kerana pak cik mengingatkan kami akan keadaan negara At-Taqwa ini,100 tahun yang lampau. Kita tidak di jajah oleh mana-mana negara,kita memerintah dengan sendiri. Ya,dulu negara ini bernama Malaysia. Satu masa dahulu. Kini hanya tinggal sejarah. Pemerintah kami hanya mengembalikan kegemilangan Islam yang sebenarnya. Jujur kami beritahu pak cik,kami telah memerhatikan tindak tanduk pakcik melalui kamera tertutup. Harap sangat pak cik dapat bekerja sama dengan kami,kerana sekarang pak cik berada di negara At-Taqwa." jelas kedua pemuda tersebut. Pak cik Khalis hanya berdiam diri,banyak perkara yang bermain di fikirannya. Sungguh ajaib,segala yang di saksikannya,tidak mungkin dia percayainya. Malaysia benar-benar telah berubah. Alangkah indahnya,jika negara seperti ini wujud. Kedua orang pemuda tadi meninggalkan pak cik Khalis,kerana banyak lagi perkara yang harus di lakukan. Matanya terasa amat mengantuk sekali. terasa perjalanan ini amat meletihkan. Pak cik Khalis tertidur.
............................................................................................................................
"Dato' ! Dato'! Dato' Khalis,bangun Dato'... Keputusan pilihan raya baru saja keluar.." terasa seperti namanya di panggil,segera di buka matanya, pembantu peribadinya berada di depan matanya. Memantau keadaan sekeliling, seakan berada di tempat asing. Dia berada di pejabatnya. "Aku tertidur rupanya..." monolognya sendirian. Tapi,mimpi apakah tadi?? Mimpi tadi seakan-akan betul. Segera kembali ke alam yang nyata.
dan dia berazam...... akan menegakkan Islam dalam erti yang sebenarnya.......... kerana hanya itu penyelesaian segala masalah yang di hadapi umat masa kini..............
penyelesaiannya adalah KEMBALI KEPADA AD-DIN... AGAMA ISLAM.... ALLAH HU AKBAR!!!

Lalu seorang remaja lelaki belasan tahun,bersih muka nya,memberi salam kepada pakcik Khalis. Segera ditahan budak tersebut,"hmm,cuba tanya budak ni, remaja ni biasanya kuat berhibur. monolog didalam hati. "Dik,pak cik nak tanya lah,kat sini kan,mana tempat hiburan ek?". kemudian budak tadi tersenyum dan membawa pak cik tersebut ke sebuah mesin hiburan yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri. "Ni mesin hiburan terkini pakcik. pak cik boleh pilih apa sahaja lagu yang pak cik nak. tinggal pakai alat ini ke telinga,dan menekan butang memilih lagu." terang remaja tersebut. "Kalau macam tu,boleh tolong tekan kan lagu yang remaja sekarang selalu dengar??" pinta pak cik Khalis. Remaja itu pun mamilihkan salah satu lagu yang agak di minati ramai.. "Iman adalah...mutiara... di dalam hati,manusia...." lagu tersebut memasuki telinga pak cik Khalis,segera di cabut alat pendengaran tersebut,remaja tersebut tersenyum. "kenapa pak cik,tak best eh? kalau ni macam mana?? ni yang paling hot.." pakcik Khalis tersenyum,menyangka remaja tersebut akan memasang lagu nyanyian 'Justin Timberlake @ Sean Kingston dan sebagainya. Namun sangkaannya meleset sama sekali,remaja tadi membuka surah As Saff yang telah menjadi pilihan ramai remaja ketika itu.. Terasa dirinya di hina,dia segera meninggalkan remaja tadi terpinga-pinga tanpa penjelasan. Dia tidak tahu,apa yang harus dia jelaskan pada anak itu.
Sambil menggaru kepala, pak cik khalis meneruskan perjalanan. Meninjau di setiap inci negara ini. Macam pernah dilihat jalan ini,jalan itu,sana juga. Tapi sungguh berbeza persekitarannya. Tiada lagi bangunan-bangunan mencakar langit,tiada lagi kenderaan-kenderaan yang menyesakkan jalan dan mencemarkan udara,tiada lagi remaja-remaja yang melepak dan membuang masa. Yang ada adalah,bangunan yang rendah,tidak terlalu besar,sekadar keperluan, terdapat banyak tumbuh-tumbuhan yang subur,remaja perempuan amat sukar di temui,jika ada berjalan bersama keluarga dan amat dijaga oleh ayahnya. Satu lagi,hiburan remaja sekarang. Tiada lagi lagu-lagu pop,rock,korea, dan banyak lagi hiburan yang melalaikan.
"Aku ingat! ni adalah jalan Tun Hussien Onn! tu jalan Tar! tu pulak Dataran merdeka! tapi semua nama tu dah tak wujud, yang ada adalah,jalan Othman bin Affan, jalan Abu Bakar dan jalan Umar Al-Khattab. Mana pergi jalan-jalan tu?? semua dah berubah,semua sekali. Argghhh,tak mungkin semuanya.. Ni semua gila!! gila!!" jeritnya kebingungan,tidak mungkin akan percayai apa yang baru diingatinya. Tiba-tiba kereta ferrari merah tadi muncul lagi, turun dua orang berjubah yang di jumpainya pagi tadi."Pak cik,denda yang tadi telah pak cik laksanakan?? Pak cik keluarkan lagi kata-kata yang tidak sepatutnya?? kami mendenda lagi dengan menggandakannya. 1000x istighfar ya? bicara mereka,dan ingin berlalu pergi. "Sekejap! tunggu dulu! ada benda yang pak cik nak tanya kamu berdua.." mereka menoleh kebelakang semula. "Apakah sejarah negara At-Taqwa ini?? Adakah sebelum ini ia bernama Malaysia?? sekarang ni,kita berada di tahun keberapa? sudah jatuh ke parti politik yang memerintah dulu? atau adakah kita dijajah oleh mana-mana negara?? terangkan kepada pakcik,apa yang sedang berlaku??" kata pak cik Khalis lemah sehingga terjelopok ke lantai. Kedua pemuda yang berjubah tadi saling memandang antara satu sama lain,dan segera membantu pak cik Khalis bangun. Kemudian membawa pak cik Khalis duduk di sebuah pondok yang di tulis namanya,'Pondok Aisyah al-Humaira'. Pondok itu dipenuhi pelbagai buku hadith.
"Pak cik,pertama kali kami menjumpai pakcik,kami amat terkejut. Kerana pak cik mengingatkan kami akan keadaan negara At-Taqwa ini,100 tahun yang lampau. Kita tidak di jajah oleh mana-mana negara,kita memerintah dengan sendiri. Ya,dulu negara ini bernama Malaysia. Satu masa dahulu. Kini hanya tinggal sejarah. Pemerintah kami hanya mengembalikan kegemilangan Islam yang sebenarnya. Jujur kami beritahu pak cik,kami telah memerhatikan tindak tanduk pakcik melalui kamera tertutup. Harap sangat pak cik dapat bekerja sama dengan kami,kerana sekarang pak cik berada di negara At-Taqwa." jelas kedua pemuda tersebut. Pak cik Khalis hanya berdiam diri,banyak perkara yang bermain di fikirannya. Sungguh ajaib,segala yang di saksikannya,tidak mungkin dia percayainya. Malaysia benar-benar telah berubah. Alangkah indahnya,jika negara seperti ini wujud. Kedua orang pemuda tadi meninggalkan pak cik Khalis,kerana banyak lagi perkara yang harus di lakukan. Matanya terasa amat mengantuk sekali. terasa perjalanan ini amat meletihkan. Pak cik Khalis tertidur.
............................................................................................................................
"Dato' ! Dato'! Dato' Khalis,bangun Dato'... Keputusan pilihan raya baru saja keluar.." terasa seperti namanya di panggil,segera di buka matanya, pembantu peribadinya berada di depan matanya. Memantau keadaan sekeliling, seakan berada di tempat asing. Dia berada di pejabatnya. "Aku tertidur rupanya..." monolognya sendirian. Tapi,mimpi apakah tadi?? Mimpi tadi seakan-akan betul. Segera kembali ke alam yang nyata.
dan dia berazam...... akan menegakkan Islam dalam erti yang sebenarnya.......... kerana hanya itu penyelesaian segala masalah yang di hadapi umat masa kini..............
penyelesaiannya adalah KEMBALI KEPADA AD-DIN... AGAMA ISLAM.... ALLAH HU AKBAR!!!
Rindukan USTAZIATUL ALAM!!!
P/S: kene bekerja dengan lebih keras... supaya apa di cita-cita kan dapat tercapai... Ya Allah,berilah hidayah MU ke seluruh umat Muhammad ini... mudahkan segala urusan kami Ya Allah... agar kami tetap Thabat di atas jalan yang amat sukar ini,kerana syurgaMu amat mahal... walaupon jalannya masih panjang,akan kami usaha hingga ke titisan yang terakhir!!!!!!
Friday, 28 October 2011
assalamualaikum...
camne nk mulakan ekk...errmm... esok pagi ada usrah... lemah rasenye nk ke usrah.. mungkin sebab iman sedang menurun, tambahan pula kezen yg jarang2 bertandang.. hesyh.. time2 nila dia nk datang.. terpaksalah aku tinggalkan dia dalam 2-3 jam.. rasenye ade byk sbb rase malaz ni hadir..mungkin jugak sebab satu group dgn Atiqah.. ish,astagfirullah... knp tah... setan ni sentiasa memainkan peranan... pergh.. sampai mcmtu sekali setan xmau bg aku p usrah.. then,tambah pulak dgn c Najihah tidak beritahu awal2 yang naqibah mntk kami hafal surah An-Naba'.. lagi lah bertambah malaz, lau btau aku last2 minit nih...(poyo jekkk,lau btau awal pon kau hafal last minit jgk..hahaha)
Aku teruskan jek hafalan aku.. Mudah sebenarnya jika kita katakan mudah. Jangan sesekali kata susah,kerana hormon-hormon negative yang menyebabkan susah akan keluar. syok-syoklah aku menghafal,tiba-tiba terima masej dari akhawat tercinta bahawa usrah pada malam tu ditunda ke sabtu pagi kerana makcik ada katibah. Ya Allah!! Allah memang memudahkan aku. Mungkin Allah tau bahawa aku tidak bersedia malam itu. Terima kasih Ya Allah.. Aku gunakan sepanjang hari jumaat untuk memantapkan hafalan ku..
Tiba-tiba perasaan membuak-buak ingin tahu mengenai surah ini.. Rugi rasanya jika aku hanya menghafal,tetapi tidak memahami apa yang aku hafalkan.. jadi,hayatilah kisah di bawah ini untuk renungan bersama...
Suasana surau sepi. Yang kedengaran cuma bunyi putaran kipas siling di sudut hadapan masjid. Seseorang sedang duduk bersila di situ. Tangannya menongkat badannya ke belakang. Sesekali jam elektronik di dinding masjid diperhatikan. 7:15PM.
'Sekejap lagi masuk waktu Maghrib. Mana semua orang ni?'
"Assalamu'alaikum!" Tiba-tiba kedengaran suara dari belakang.
"Wa'alaikumussalam Warahmatullah." Dia menoleh. Kelihatan seseorang berkopiah hitam berdiri di belakang dengan wajah yang tersenyum.
"Awal datang? Seorang sahajakah?"
"Taklah. Bertiga." Imran menjawab selamba. Yang berkopiah menoleh ke kiri ke kanan. Kelihatan sedikit jambangnya yang nipis. Namun tetap kemas dan terurus.
"Siapa lagi dua orang tu? Tak nampak pun?"
"Lagi dua tu bukan orang, malaikat pencatat kiri dan kanan." Dia tersenyum. Sambil membetulkan duduknya.
"Owh, kalau macam tu ramailah yang ada dalam surau ini sebenarnya kan?" Yang berkopiah terus tersenyum. Sesekali membetulkan letak kopiahnya. Dia menghulurkan tangan.
"Nama aku Ismail. Semester 4. Mechanical. Kau?"
"Imran. Semester 3. Avionics."
"Okay Imran. Aku nak azan sekejap ye."
Imran mengangguk. Ismail bergerak ke mikrofon. Tidak lama kemudian azan berkumandang. Hati-hati yang masih ingin membesarkan Allah mencetuskan impuls dalam otaknya yang kemudiannya menggerakkan otot-otot kakinya untuk bergerak ke surau kampus. Namun sebahagian besarnya lebih membesarkan perasaan mengantuk dan terus memekakkan telinga dan membatukan diri di atas ranjang.
Ismail melantunkan iqamah. Lalu seorang pelajar senior bergerak ke hadapan mengimamkan solat. Solat didirikan penuh takzim. Imran berada di saf paling hadapan berhampiran dengan imam. Imam membacakan Surah An-Naba'. Sesampainya di ayat yang ke-21, "Inna jahannama kaanats mirshooda.."
Tiba-tiba Imran terasa makmum di sebelah kanannya menggeletar. Imran mula memberi perhatian kepada orang di sebelahnya itu.
'Eh, dia menangis?' Hatinya bertanya-tanya. Hatinya cuba menghayati bacaan imam. Namun kelemahannya menguasai bahasa Arab menyebabkan penghayatannya terbatas. Makmum disebelahnya terus-terusan menangis sehingga imam menamatkan bacaan.
Selesai solat Imran duduk bersendirian bersandar di sebuah tiang. Tangannya memegang terjemahan Al-Quran. Tafsir Surah An-Naba' menjadi pilihannya.
Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai, [21]
lagi menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas,[22]mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya,[23]mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman,[24]selain air yang mendidih dan nanah,[25]sebagai pambalasan yang setimpal.[26]Sesungguhnya mereka tidak berharap (takut) kepada hisab,[27]dan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dengan sesungguh- sungguhnya.[28]Dan segala sesuatu telah Kami catat dalam suatu kitab. [29]Karena itu rasakanlah. Dan Kami sekali-kali tidak akan menambah kepada kamu selain daripada azab.[30]
'Allah...aku tak pernah tahu maksud surah ini. Abang tadi boleh menangis mendengarnya. Macam mana aku?'
kalau tak pergi usrah, macam mana nak tingkatkan diri??
kalau tak pergi usrah, mana nak dapat ilmu??
kalau tak pergi usrah, tak dapat lah nak sampaikan ilmu dekat orang lain..
kalau tak pergi usrah, macam mana nak berdakwah??
kalau tak pergi usrah, jadilah orang yang rugi...
kalau tak pergi usrah, Allah tak sayang...
kalau tak pergi usrah, Allah tidak sedikit pun rugi,malah akan menggantikan aku dengan orang yang lebih berkualiti dari aku..
kalau tak pergi usrah, macam mana nak baiki ummah...
kalau tak pergi usrah, macam mana islam nak tertegak???
kalau tak pergi usrah, macam mana islam nak capai USTAZIATUL ALAM?????
aarrrgggghhhhh...!!!!!!!!!!!!!!!!!
aku wajib ke usrah!!!
tiada alasan yang boleh di beri!!!!!!!
tak sabar rasanya nak ke usrah...~sambungan cerita tadi...
"Tak balik bilik Imran?" Ismail muncul menghentikan lamunannya.
"Tunggu sampai Isya' rasanya. Kau?"
"Aku pun sama. Bilik kau di mana?"
"Putera 3. 03-00-04. Kau?"
"Putera 2. 02-03-02"
"Wah, jauhnya. Tingkat paling atas pula tu. Sanggup kau turun ya?"
"Allah tiap-tiap hari bagi kita oksigen untuk kita, tak pernah mengeluh. Jantung kita dia degupkan setiap saat, tak pernah rasa penat. Tiba-tiba kita kata penat pula nak turun sembah dia. Sehari lima kali sahaja. Tidak pelikkah?" Katanya sambil tersenyum.
"Betul juga. Aku yang duduk ground floor ini pun jarang pergi surau. Nak dapat seminggu 3 kali pun susah. Malu dengan kau."
"Apa yang nak dimalukan. Lepas ini bolehlah kita jumpa-jumpa selalu di sini. Semoga Allah semakin redha dengan kita. Tahu kan salah satu golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak?"
Imran menjungkit bahu menghantar isyarat 'Tidak tahu.'
"Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid."
"Allah nak ke bagi naungan dia pada orang macam aku ya? Layakkah aku? Aku ni bukannya baik pun. Selalu buat benda-benda mengarut sahaja. Dosa maksiat semuanya dah sebati dalam hidup aku. Aku banyak dosa Ismail."
"Imran, dalam mencari kebaikan dan mengejar syurga tiada istilah layak atau tidak. Yang ada cuma mahu ataupun tidak. Sebab itu adanya peribahasa, 'Hendak seribu usaha, tak hendak seribu dalih'. Kalau kita mahu redha dan syurga Allah, makanya kita kenalah banyakkan melanggah ke arahnya dari dunia lagi. Itu kalau kita hendaklah. Kalau tidak, tak dapeklah den nak nolongnye." Ismail meniru loghat Negeri Sembilan.
"Owh, macam mana nak terus melangkah ke syurga?"
"Melangkah ke syurga perlu dengan keimanan. Keimanan itu perlu dibina. Dan tak mudah nak membinanya. Kita akan diuji. Kau cuba baca Surah Al-Ankabut,Surah ke 29 ayat 2 dan 3."
Imran menyelak helaian terjemahan Al-Quran di tangannya.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
[Q.S. Al-Ankabut, 29:2-3]
Sebab itu kita kena sentiasa diperingatkan dengan pesanan-pesanan daripada ayat Al-Quran dan hadis nabi. Sekali lagi, kalau kita nak kekal melangkah ke syurga dalam keimanan. Kalau tak mahu?"
"Tak dapeklah den nak nolongnye." Imran kembali mengajuk. Mereka tertawa kecil.
"Macam mana pula nak sentiasa diperingatkan tu?" Imran kembali bertanya.
"Kena ada majlis ilmu yang konsisten yang sentiasa mengingatkan kita. Kalau aku dengan kawan-kawan ada buat halaqoh. Seminggu sekali."
"Halaqoh? TV9?"
"Hahaha. Lebih kuranglah. Tapi yang ini kita buat di surau je. Macam usrahla."
"Owh. Biasanya buat bila ya?"
"Biasanya malam-malam, bila semua orang dah habis urusan masing-masing. Dalam pukul 10:30PM. Malam ni ada, insya-Allah. Kenapa?"
"Boleh aku ikut?"
"Alhamdulillah. Mestilah boleh. Bahkan digalakkan!"
Malam itu sepuluh pasang alas kaki bersusun rapi di hadapan pintu Surau Syaidina Ali. Di dalamnya terdapat satu lingkaran bulatan yang dipanggil Halaqoh. Malam itu giliran Ismail menjadi pengerusi majlis. Majlis dibuka dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
"Sesungguhnya segala puji bagi Allah SWT. Kita memujiNya, meminta pertolongan dan ampunan kepadaNya. Kita berlindung kepadaNya daripada keburukan diri kita dan kesilapan amal-amal kita. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada apa yang mampu menyesatkannya. Namun, barangsiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiada yang mampu memberikannya petunjuk. Mari sama-sama kita meyakini bahawa tiada tuhan yang yang layak untuk disembah melainkan Allah, tiada sekutu baginya. Dan mari kita menyakini bahawa Muhammad itu hamba Allah dan RasulNya."
Ismail memulakan majlis dengan penuh semangat dan mengajak agar setiap yang hadir mengikhlaskan niat agar segala yang dijalani sepanjang pertemuan tersebut membuahkan pahala yang bakal menjadi bukti mereka di hadapan Allah SWT kelak. Bukti bahawa mereka telah berusaha untuk mendekatkan diri kepadaNya dan memperjuangkan agamaNya.
Majlis diteruskan dengan tilawah Al-Quran. Setiap orang membaca satu muka. Imran membaca muka surat 309. Setibanya ayat yang ke 58 daripada Surah Maryam itu, mereka bersujud tilawah bersama. Imran masih belum terbiasa melakukannya. Dia hanya memerhati.
'Bagusnya mereka ini. Aku tak pernah lagi sujud tilawah. Bagusnya kalau boleh jadi macam mereka.'
Imran meneruskan bacaannya sehingga selesai. Lalu bacaan pada muka surat ke-310 disambung oleh orang di sebelah kanannya. Ketika ayat ke-68 dibacakan, tiba-tiba dia terhenti. Suaranya tersekat-sekat. Imran memerhatikannya.
'Kenapa dia ni? Tadi elok je baca?'
Bacaan diteruskan. Namun setibanya di ayat yang ke-71, Imran dapan merasakan orang di sebelahnya itu menggeletar. Lalu kedengaran suara menahan tangis. Orang itu menangis. Imran jadi teringat peristiwa maghrib tadi.
'Eh, dia inilah makmum di sebelah aku masa maghrib tadi.'
Imran segera menyemak terjemahan ayat yang sedang dibacakan.
Dan berkata manusia: "Betulkah apabila aku telah mati, bahwa aku sungguh-sungguh akan dibangkitkan menjadi hidup kembali?" [66]Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahwa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, sedang ia tidak ada sama sekali? [67]Demi Tuhanmu, sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama syaitan, kemudian akan Kami datangkan mereka ke sekeliling Jahannam dengan berlutut. [68]Kemudian pasti akan Kami tarik dari tiap-tiap golongan siapa di antara mereka yang sangat durhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. [69]Dan kemudian Kami sungguh lebih mengetahui orang-orang yang seharusnya dimasukkan ke dalam neraka. [70]Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. [71]Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut. [72]
Kemudian kedengaran suara mereka yang lain turus menahan tangisan. Imran jadi semakin terkesima.
'Ya-Allah, beginikah orang-orang yang dekat kepadaMu? Mudah sekali mereka menangis. Kurniakanlah aku hati yang mudah menangis mendengar ayat-ayatMu Ya-Allah...' Hatinya bergetar. Imran terus melayan perasaannya.
Sesi seterusnya adalah Tadabbur Al-Quran. Mentadabburi ayat Al-Quran adalah mengambil pengajaran daripada ayat-ayat Al-Quran. Orang di sebelahnya itu mentadabburi ayat yang ke-71.
"Ikhwahfillah sekalian. Para sahabat adalah orang-orang yang sangat peka dan sensitif dengan ayat-ayat Al-Quran. Setiap kali ayat diturunkan, mereka merasakan bahawa kepada merekalah ayat tersebut ditujukan. Ketika Ibnu Mas'ud RA mendengar ayat yang ke-71 ini, beliau takut sehingga pengsan. Setelah tersedar dan mendengar bacaan tersebut, sekali lagi beliau pengsan. Bayangkan sahabat mulia pendamping Rasulullah SAW tersebut. Beliau amat takut dengan neraka. Sedangkan beliau adalah sahabat yang mulia. Yang berjuang bersama-sama dengan Rasulullah. Tetapi bagaimana dengan kita?"
Imran mendengar penuh saksama. Seumur hidupnya itulah kali pertama dia mendengar ada orang yang sebegitu takutnya dengan azab Allah. Mendengar ayat Al-Quran sehingga pengsan!
"Kita mungkin juga menangis. Tetapi kebanyakan tangisan kita tangisan murahan. Orang yang ditinggalkan kekasihnya menangis. Orang yang kehilangan hartanya menangis. Orang yang gagal dalam peperiksaan menangis. Namun tangisan itu tidak berharga. Tangisan itu kerana dunia. Tangisan yang berharga adalah kerana Allah. Abu Hurairah RA meriwayatkan,
Ketika turun ayat “afamin haadzal hadiitsi ta’jabuun” Ahli Shuffah berkata: “innaa lillah wainnaa ilaihi raji’un”. Kemudian mereka menangis hingga pipi mereka penuh dengan air mata. Ketika Rasulullah mendengar tangisan mereka, beliaupun menangis bersama mereka, maka akupun menangis. Maka Rasulullah SAW bersabda:"Tidak akan masuk neraka orang yang menangis karena takut kepada Allah dan tidak akan masuk syurga orang terus menerus maksiat kepada Allah. Sekiranya kamu tidak berdosa pasti Allah akan mewafatkanmu dan Dia akan mendatangkan satu kaum yang berdosa kemudian mengampuni dan menyayangi mereka. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang"
"Kita yang jauh lebih banyak melakukan dosa ini sepatutnya merasakan ayat ini jauh lebih tepat mengenai batang hidung kita. Dosa-dosa yang kita lakukan, sudahkah terampuni. Amal-amal yang kita lakukan, apakah diterima? Bayangkan kita tidak layak masuk ke syurga kerana sikitnya amal kita. Bayangkan bagaimana ngerinya jika kita digiring ke neraka? Na'uzubillah. Ikhwahfillah, menangislah tatkala membaca Al-Quran. Menangislah, kerana itu sunnah!"
Imran tidak dapat menahan tangisnya lagi. Badannya menggeletar. Air matanya mencurah-curah. Dia menekup wajahnya.
'Ya-Allah..aku banyak dosa! Jangan tarik aku ke neraka Ya-Allah! Aku ingin bertaubat. Ampuni aku Ya-Allah.' hatinya bermunajat lirih.
Dia menangis semahu-mahunya. Dia terkenang dosa-dosanya. Maksiat-maksiat serta ketelanjurannya terbayang-bayang dalam fikirannya.Ismail mengusap-ngusap bahunya menenangkannya. Imran tetap terus menangis. Hatinya hiba. Dia ingin berubah. Kini hatinya menangis. Dan tangisannya itu kerana Rabbnya. Tangisannya bukan lagi tangisan murahan. Tangisan yang mampu memadamkan gejolak api neraka.
Hati-hati lain yang menyaksikannya turut bertasbih sedalam-dalamnya. Malam itu Surau Syaidina Ali mendapatkan seorang lagi tetamu tetapnya.
~terima kasih Ya Allah kerana masih memilih aku untuk tetap thabat di jalan ini... terima kasih Ya Allah kerana menetapkan hati adik-adik usrah ku,sahabat-sahabatku,ibu bapa ku,adik beradikku serta ikhwah dan akhawat di seluruh dunia utk tetap menyebarkan risalah agung agamaMU... kuatkan kami Ya Allah... berilah pertolonganMu sebagaimana Kau memudahkan urusan Para RasulMu..
p/s: sesiapa yang berminat untuk ikut USRAH, sila hubungi 0132460812(perlis) /0132460813(perak) /0132462730(selangor)... jika anda bukan dari negeri-negeri yang tertera,jangan bimbang,kami akan menghubungi ikhwah akhawat kami yang berada di seluruh malaysia...
mari kita sama pertingkatkan diri supaya kita menjadi Individu muslim yang sebenarnya!!!! ALLAH HU AKBAR!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)