Wah, berhabuk sudah blog ini.. Lama da tak ziarah.. Rasa bersalah pulak.. Abang pernah cakap,penulisan kita ni kekal.. walaupun kita dah meninggal.. contoh, APG..selagi mana orang tersentuh dengan penulisan dia,selagi itu,ada saham untuknya.. Boleh jadi jugak jika penulis itu menulis ke arah kemurkaan Allah.. ofcourse la saham yang tidak elok dapat kat penulis tu.. kenapa saya tak cakap kemurkaan Allah dan manusia?? haha.. pandangan Allah itu yang utama.. biarlah manusia bercakap apa pun dengan usaha kita nak sampaikan ISLAM,yang penting,kita usaha..
Tajuk kat atas tu, 'Berbintik-bintik itu MENAWAN.' apa kaitan dengan isi yang bakal saya coretkan pon saya tak pasti.. kuang kuang kuang.. Sebenarnya,saya sudah hampir seminggu suffered bintik-bintik yang tumbuh kat tubuh badan saya diiringi dengan sahabat baiknya iaitu gatal dan pedih.. Mereka tidak dapat di pisahkan.. sungguh,walaupun saya menangis air mata darah sekalipun,mereka tetap mahu berpisah.. yela,kalau saya zura and nizah minta dipisahkan pon tak mungkin kami bertiga semudah itu mahu berpisah,saya amat memahami perasaan itu. Tp bila mengenangkan nasib yang saya lalui sepanjang malam tidak dapat merehatkan tubuh badan,tidak dapat beribadah dengan sempurna,tidak dapat pergi ke Daurah,ini sudah melampau.. Habis dimarahinya bintik-bintik ini setiapkali tiba waktu meletak ubat..
"eeeee...... kaboooMMM... padan muka,tu baru bom buatan palestin.. nk rasa bom buatan syiria?? apa? tak nak?? tak nak pergilah.. jangan ganggu aku lagi... apa?? pergi pon tak nak?? takpa.. amik ni... tototototototototototototo... rasakan machine gun M16 bekalan untuk pejuang2 syiria.. "
haha. Saya ketawa. Tak sangka,kuat betol imaginasi saya. emm.. itulah yang berlaku.. walaupun saya telah menyiksa bintik-bintik itu dengan sangat terok,mereka tetap mahu menetap di atas tubuh badan saya..dan,saya tetap merana.......
seusai menunaikan solat isyak semalam, saya terfikir. Jika mahu dibandingkan dengan dosa saya yang banyak,tidak cukup dengan bilangan bintik-bintik ini.. Maka tidak habis lagi untuk kafarah dosa-dosa saya.. menanges.. puas saya menyiksa mereka.. tanpa saya sedari,kehadiran mereka itu adalah arahan dari Allah kekasih ku.. Saya halau mereka,saya siksa mereka dengan kejam.. Saya melontarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati mereka.. Tapi mereka tetap dengan pendirian mereka. Tidak tegugah sedikit pon,malah bilangan mereka bertambah-tambah.. kagum saya melihat kepesatan mereka yang tumbuh dengan amat cepat sekali..
Saya cuba untuk menukar anology itu untuk meletakkan tugas kita sebagai daie di atas muka bumi Allah ini.. Kita juga mendapat arahan dari Allah untuk menyampaikan AL-HAQ itu kepada semua yang bersaksi keatas kita. Then,kita tercampaklah dimana-mana tempat yang Allah sudah tetapkan dan suratkan.. mungkin di perlis,mungkin di perak,mungkin di UIA, mungkin di University Tolong Melayu, atau mungkin di tempat kerja masing-masing,bergantung pada kemampuan masing-masing.. Kita sedar tanggungjawab kita. Kita nak laksanakan, tapi kita berhenti bila orang ejek kita.. kita berenti bila orang pulaukan kita. kita berhenti bila orang seksa kita. kita berhenti bila orang tak mahu mengikut jejak langkah kita. kn?? betul tak?? Jadi,macam mana nak menambah bilangan dan kualiti orang yang memahami ISLAM? tu yang xpernah meningkat bilangan kita,jika nak dibandingkan dengan bintik-bintik tadi yang tumbuh dengan pesat sekali..
Cuba kita perhatikan orang palestine. sudahlah mereka disiksa dengan sangat kejam,mereka tetap mempertahankan ISLAM, AL_AQSA, dan tanah air mereka.. kerana apa?? kerana mereka benar-benar ikhlas mahu berjuang. tapi kita?? stop bila orang tak mahu ikut apa yang kita sampaikan? eh,IKHLAS ke kita?? ke kita ni sampaikan ISLAM sebab ikut-ikutan, sebab nak orang pandang kita baik?? erk!!
malu la jika pernah timbul perasaan itu di hati kita macam tu.. malu dengan Allah.. #nanges laju laju#
Surah AlInsyiqaaq. Ayat 023.
![]()
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
JOM!! IniKAli lah!! kita try buat perubahan dalam kehidupan kita..
|


No comments:
Post a Comment