Diteruskan langkah, dalam keadaan tertanya-tanya apakah gerangan tempat yang tidak pernah dipijak ini. Hampir ke seluruh pelusuk bumi telah beliau jelajahi. Paris, London, Rome? Dari barat ke timur,utara ke selatan,semua telah beliau ziarahi. Sungguh, apakah tempat ini? Tiba-tiba....
gedebukkkkkkkkkkkkkkk!!!!
"Hoi, buta ke???!!! Aku punya besar ni,tu pon tak nampak???!!!" Seorang anak muda terlanggar pak cik Khalis. Darahnya menyelirap hingga ke kepala,bagaikan tiada lagi maaf untuk anak muda tersebut. Wajah tuanya merah kerana menahan kemarahan. "Maafkan saya pak cik.. Saya tak sengaja.." kemaafan dipinta atas keterlanjuran diri oleh anak muda tersebut. Namun lain pula balasan yang di terimanya..Wajah tua tesebut merah kerana menahan kemarahan. "Sudahlah melanggar aku,panggil pulak aku pak cik! Kau tak kenal ke aku siapa hah???!!! bentak pak cik Khalis. Dihadiahkan satu pukulan padu ke pipi anak muda tersebut. Paaannnnngggg!!! "Aku ni Dato' Mohd Khalis bin Mat Zain, Dato' ok!! Kau panggil aku pak cik,nak ikutkan marah aku,aku saman kau masuk mahkamah sebab tak hormati aku sebagai orang terhormat.." Terpinga-pinga anak muda tersebut. "Siapa orang tua ni?? tak pernah nampak pun..." monolognya sendiri. Segera berlalu setelah memohon maaf sekali lagi,bimbang akan mengundang kemarahan dari orang tua yang amat pelik tersebut.
"Hoi,aku tak habis lagi dengan kau!! Jangan nak lari pulak!! Bodoh punya budak,kau tunggu la. Jangan ingat aku tak dapat cari kau.." Jerit pak cik Khalis kegeraman. Tiba-tiba sebuah kereta Ferrari merah entah dari mana,laju melintasi pak cik Khalis dan berhenti di hadapan pak cik Khalis. Turun dua orang berpakaian jubah serba putih dan beserban. mereka jalan menuju ke arah pak cik Khalis. Memandang pak cik Khalis dari atas ke bawah. Seakan pelik dengan penampilan pak cik Khalis. Pak cik Khalis pula terpinga-pinga melihat mereka yang juga berpakaian pelik baginya. Berjubah putih,seakan berada di zaman purba pula.
"Assalamualaikum pak cik... Siapa nama pak cik?? tanya salah seorang yang berjubah putih.
"Waalaikumussalam... Orang-orang kat sini memang tak kenal aku eh?? Nama aku Dato' Mohd Khalis bin Mat Zain. Kalian pula siapa,peliknya aku tengok pakaian kalian,sudah ketinggalan zaman,lagi satu,apa nama tempat ni??" Salah seorang yang berjubah dengan tenang menjawab, "Pak cik berada di At-Taqwa. Kami adalah skuad peronda,justeru kami yang sepatutnya pelik melihat pakcik. Gaya pemakaian pak cik mengingatkan kami kepada pemimpin-pemimpin kami satu masa dahulu. Pemimpin yang telah lama menjadi sejarah,supaya kami tidak mengulangi kesilapan mereka. Kami ke sini untuk menjalankan tugas. Pak cik di denda kerana telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Segala bukti telah kami rakamkan melalui kamera tersembunyi berteknologi tinggi." terlopong pak cik Khalis mendengar kata-kata mereka. "Pak cik di kehendaki istighfar sebanyak 500x serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan pak cik.""tak nak,kalian ingat kalian siapa? berapa,cakap dengan aku,berapa yang korang nak,aku mampu bagi,1 K? 5K? atau 10K?" pak cik Khalis cuba untuk merasuah Skuad peronda tersebut. Terkejut Skuad Peronda dan membalas, "ganjaran yang di tawarkan pak cik tiada nilainya jika nak di banding dengan ganjaran yang telah Allah janjikan.." kemudian dua orang pemuda yang berjubah itu pergi meninggalkan pak cik Khalis yang kelihatan masih dalam keadaan terpinga-pinga,tidak percaya dengan apa yang di dengarnya barangkali.
"kerruuuukkkk... keerrrruuuukkk....." perutnya berbunyi minta diisi.. "Aduh,laparnya. Dari aku fikirkan benda merepek ni,baik aku pergi cari tempat makan." katanya sendiri. Di teruskan langkahnya di sebuah nagara yang amat asing.. Amat pelik.. Malas memikirkan,buat serabut otak. Pak cik Khalis kini tiba di sebuah restoran yang agak mewah. Dia tersenyum gembira sambil mengusap perutnya yang sedikit boyot. Di percepatkan langkahnya, kerana sudah tidak sabar ingin diisi perut yang sejak dari tadi berlagu ala-ala 'rap'. Ingin memasuki salah satu pintu restoran. Terdapat banyak pintu. Restoran itu terbahagi kepada tiga bahagian,agak besar. Tersenyum pak cik Khalis,melihat restoran mewah itu. Dia dihalang oleh salah seorang menjaga pintu. "Pak cik,sila ke pintu hujung sebelah kanan. Pintu ini hanya untuk pelanggan wanita. Jika pakcik membawa keluarga bersama,bolehla ke ruangan tengah. Tapi saya tengok pak cik seorang,sila ke pintu hujung sana ya??" menghalakan ibu jarinya sambil berbicara dengan lembut. "Kolotnya peraturan?? menghalang sosial?? sampai bila nak maju??!! teruk betol tempat ni!! bentak pak cik Khalis dengan kuat,sehingga menarik perhatian ramai pelanggan. Pelanggan yang ada,kebanyakkannya hanya menggeleng kepala dan tidak menghiraukan apa yang telah di dengar mereka, sambung menikmati juadah. "Kolot ke,apa ke,sila ke ruangan sebelah sana ya pak cik. Terima kasih." masih berbicara sopan,indah sungguh akhlak setiap insan di negara At-Taqwa. Malas ingin bertengkar,dia melangkah ke pintu yang di maksudkan dan segera mencari tempat duduk.
"bbllllurrrrppp... Sedapnya makanan kat sini,tak sia-sia aku ke sini." katanya sendirian,sambil mengeluarkan dompet dan mengeluarkan beberapa keping duit kertas berwarna biru cair. Segera ke kaunter bayaran untuk membayar, tetapi pemilik kedai tersebut tidak menerima wang tersebut kerana wang tersebut sudah tidak lagi digunakan,wang lama katanya. Terkejut bukan kepalang pak cik Khalis. Pemilik kedai mengukirkan senyuman indah sambil berbicara, "takpe pak cik,anggaplah kami memberi sedekah pada pak cik." bertambah terkejut pak cik Khalis. Perempuan dan lelaki di asingkan,bagi makan free,dua orang yang berjubah,di denda dan sebagainya. Apalah perkara pelik yang bakal dia saksikan selepas ini. Keluar dari restoran tersebut,terlihat di satu sudut restoran di tulis "Ruangan Makanan Percuma Untuk Yang Memerlukan.." apakah tempat ini,sangat ganjil,sangat pelik,pak cik Khalis bingung.
Kaki melangkah tanpa tujuan,perut sudah kenyang. Tidak tahu mahu ke mana. Tiba telinga menangkap satu suara yang membuat pengumuman dengan kuat sekali, "PERHATIAN PERHATIAN!! DISINI ADA TERDAPAT SEORANG DERMAWAN YANG INGIN MENDERMAKAN HARTANYA KERANA ALLAH!! SIAPA YANG MEMERLUKAN,SILALAH MENGAMBILNYA.. DERMAWAN INI SUDAH PENAT MENCARI FAKIR MISKIN. MARILAH KITA MEMBERI PAHALA KEPADA DERMAWAN INI !!" terbeliak kedua mata pak cik Khalis." Mendermakan sebegitu banyak hartanya?? tak takut habis kerr?? and one more, dah takde fakir miskin?? biar betul??!! sungguh,aku bingung,apakah tempat ini?? peliknya!!!! " tidak mungkin mempercayai apa yang baru dilihatnya..
Lalu seorang remaja lelaki belasan tahun,bersih muka nya,memberi salam kepada pakcik Khalis. Segera ditahan budak tersebut,"hmm,cuba tanya budak ni, remaja ni biasanya kuat berhibur. monolog didalam hati. "Dik,pak cik nak tanya lah,kat sini kan,mana tempat hiburan ek?". kemudian budak tadi tersenyum dan membawa pak cik tersebut ke sebuah mesin hiburan yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri. "Ni mesin hiburan terkini pakcik. pak cik boleh pilih apa sahaja lagu yang pak cik nak. tinggal pakai alat ini ke telinga,dan menekan butang memilih lagu." terang remaja tersebut. "Kalau macam tu,boleh tolong tekan kan lagu yang remaja sekarang selalu dengar??" pinta pak cik Khalis. Remaja itu pun mamilihkan salah satu lagu yang agak di minati ramai.. "Iman adalah...mutiara... di dalam hati,manusia...." lagu tersebut memasuki telinga pak cik Khalis,segera di cabut alat pendengaran tersebut,remaja tersebut tersenyum. "kenapa pak cik,tak best eh? kalau ni macam mana?? ni yang paling hot.." pakcik Khalis tersenyum,menyangka remaja tersebut akan memasang lagu nyanyian 'Justin Timberlake @ Sean Kingston dan sebagainya. Namun sangkaannya meleset sama sekali,remaja tadi membuka surah As Saff yang telah menjadi pilihan ramai remaja ketika itu.. Terasa dirinya di hina,dia segera meninggalkan remaja tadi terpinga-pinga tanpa penjelasan. Dia tidak tahu,apa yang harus dia jelaskan pada anak itu.
Sambil menggaru kepala, pak cik khalis meneruskan perjalanan. Meninjau di setiap inci negara ini. Macam pernah dilihat jalan ini,jalan itu,sana juga. Tapi sungguh berbeza persekitarannya. Tiada lagi bangunan-bangunan mencakar langit,tiada lagi kenderaan-kenderaan yang menyesakkan jalan dan mencemarkan udara,tiada lagi remaja-remaja yang melepak dan membuang masa. Yang ada adalah,bangunan yang rendah,tidak terlalu besar,sekadar keperluan, terdapat banyak tumbuh-tumbuhan yang subur,remaja perempuan amat sukar di temui,jika ada berjalan bersama keluarga dan amat dijaga oleh ayahnya. Satu lagi,hiburan remaja sekarang. Tiada lagi lagu-lagu pop,rock,korea, dan banyak lagi hiburan yang melalaikan.
"Aku ingat! ni adalah jalan Tun Hussien Onn! tu jalan Tar! tu pulak Dataran merdeka! tapi semua nama tu dah tak wujud, yang ada adalah,jalan Othman bin Affan, jalan Abu Bakar dan jalan Umar Al-Khattab. Mana pergi jalan-jalan tu?? semua dah berubah,semua sekali. Argghhh,tak mungkin semuanya.. Ni semua gila!! gila!!" jeritnya kebingungan,tidak mungkin akan percayai apa yang baru diingatinya. Tiba-tiba kereta ferrari merah tadi muncul lagi, turun dua orang berjubah yang di jumpainya pagi tadi."Pak cik,denda yang tadi telah pak cik laksanakan?? Pak cik keluarkan lagi kata-kata yang tidak sepatutnya?? kami mendenda lagi dengan menggandakannya. 1000x istighfar ya? bicara mereka,dan ingin berlalu pergi. "Sekejap! tunggu dulu! ada benda yang pak cik nak tanya kamu berdua.." mereka menoleh kebelakang semula. "Apakah sejarah negara At-Taqwa ini?? Adakah sebelum ini ia bernama Malaysia?? sekarang ni,kita berada di tahun keberapa? sudah jatuh ke parti politik yang memerintah dulu? atau adakah kita dijajah oleh mana-mana negara?? terangkan kepada pakcik,apa yang sedang berlaku??" kata pak cik Khalis lemah sehingga terjelopok ke lantai. Kedua pemuda yang berjubah tadi saling memandang antara satu sama lain,dan segera membantu pak cik Khalis bangun. Kemudian membawa pak cik Khalis duduk di sebuah pondok yang di tulis namanya,'Pondok Aisyah al-Humaira'. Pondok itu dipenuhi pelbagai buku hadith.
"Pak cik,pertama kali kami menjumpai pakcik,kami amat terkejut. Kerana pak cik mengingatkan kami akan keadaan negara At-Taqwa ini,100 tahun yang lampau. Kita tidak di jajah oleh mana-mana negara,kita memerintah dengan sendiri. Ya,dulu negara ini bernama Malaysia. Satu masa dahulu. Kini hanya tinggal sejarah. Pemerintah kami hanya mengembalikan kegemilangan Islam yang sebenarnya. Jujur kami beritahu pak cik,kami telah memerhatikan tindak tanduk pakcik melalui kamera tertutup. Harap sangat pak cik dapat bekerja sama dengan kami,kerana sekarang pak cik berada di negara At-Taqwa." jelas kedua pemuda tersebut. Pak cik Khalis hanya berdiam diri,banyak perkara yang bermain di fikirannya. Sungguh ajaib,segala yang di saksikannya,tidak mungkin dia percayainya. Malaysia benar-benar telah berubah. Alangkah indahnya,jika negara seperti ini wujud. Kedua orang pemuda tadi meninggalkan pak cik Khalis,kerana banyak lagi perkara yang harus di lakukan. Matanya terasa amat mengantuk sekali. terasa perjalanan ini amat meletihkan. Pak cik Khalis tertidur.
............................................................................................................................
"Dato' ! Dato'! Dato' Khalis,bangun Dato'... Keputusan pilihan raya baru saja keluar.." terasa seperti namanya di panggil,segera di buka matanya, pembantu peribadinya berada di depan matanya. Memantau keadaan sekeliling, seakan berada di tempat asing. Dia berada di pejabatnya. "Aku tertidur rupanya..." monolognya sendirian. Tapi,mimpi apakah tadi?? Mimpi tadi seakan-akan betul. Segera kembali ke alam yang nyata.
dan dia berazam...... akan menegakkan Islam dalam erti yang sebenarnya.......... kerana hanya itu penyelesaian segala masalah yang di hadapi umat masa kini..............
penyelesaiannya adalah KEMBALI KEPADA AD-DIN... AGAMA ISLAM.... ALLAH HU AKBAR!!!
Rindukan USTAZIATUL ALAM!!!
P/S: kene bekerja dengan lebih keras... supaya apa di cita-cita kan dapat tercapai... Ya Allah,berilah hidayah MU ke seluruh umat Muhammad ini... mudahkan segala urusan kami Ya Allah... agar kami tetap Thabat di atas jalan yang amat sukar ini,kerana syurgaMu amat mahal... walaupon jalannya masih panjang,akan kami usaha hingga ke titisan yang terakhir!!!!!!


tak bosan baca malah excited setiap kali.. rindukan ustaziatul alam juga! rindukan rasulullah!!
ReplyDelete